My Add

Monday 11 June 2012

Kerajaan negeri tidak hairan soal alam sekitar

ALOR SETAR, AHAD, 10 Jun, 2012: Kerajaan Pas Kedah didakwa cuba berselindung di sebalik projek Ladang Sejahtera bagi mengaut hasil balak secara rakus di negeri ini tanpa menghiraukan soal alam sekitar dan kesannya terhadap rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerja-kerja menebang pokok untuk balak bagi membuka Ladang Sejahtera menunjukkan pemimpin Pas tidak mengambil kira kesan aktiviti pembersihan hutan ini terhadap alam sekitar dalam jangka masa panjang.

"Kawasan tersebut sepatutnya kawasan rizab hutan tetapi akibat aktiviti tersebut kawasan sungai tercemar dan penduduk menerima kesannya.

"Tindakan mereka yang langsung tidak mengendahkan soal alam sekitar akan jejaskan masa depan, yang difikir adalah soal keuntungan jangka masa pendek sahaja," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment