PETALING JAYA, AHAD, 03 Jun, 2012: Penduduk Kelana Jaya serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meneruskan bantahan terhadap cadangan membangunkan padang bola PKNS di sini, mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan terhadap isu dua status pewartaan padang itu yang dilihat saling bercanggah.
"Kami mahu projek ini dibatalkan sama sekali. Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan para penduduk di kawasan ini,” katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu, beliau menyeru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Menteri Besar supaya memberikan satu penjelasan sama ada wujud penyelewengan atau tidak terhadap isu berkenaan.
Abdul Halim berkata satu laporan polis akan dibuat sekiranya MBPJ dan Menteri Besar gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada para penduduk.
Rabu lalu, media melaporkan terdapat dua dokumen yang saling bercanggah dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di mana dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan padang itu diwartakan sebagai tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen sama Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah lapang dan rekreasi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment