*MUKHRIZ Mahathir (tiga dari kanan) diiringi Mohd. Khalid Harun (tengah) dan Zarinah Hashim merasmikan pelancaran World Islamic Tourism Mart 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Kecenderungan media antarabangsa menyiarkan laporan kurang tepat berkaitan insiden yang berlaku di negara-negara Islam boleh memberi kesan negatif terhadap industri pelancongan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, terdapat segelintir media asing yang suka dan sering menggambarkan seolah-olah seluruh negara berada dalam keadaan huru-hara.
Menurut beliau, laporan yang tidak berlandaskan fakta sebenar itu mengakibatkan pelancong asing agak keberatan untuk mengunjungi negara-negara Islam termasuk Malaysia.
“Baru-baru ini, kita dapat melihat media asing memberi gambaran salah tentang insiden yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, 28 April lalu," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment