My Add

Thursday 28 June 2012

Lebih 70 kursus KTAR akan diiktiraf: Najib

*NAJIB menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Siri Ekspo Innovating Malaysia Tour 2012, di Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Jun, 201:: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memberi pengiktirafan secara retrospektif kepada lebih 70 kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan sejak dari pertengahan 1990-an di pelbagai kampus Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di seluruh negara. 

Beliau yang turut dikenali sebagai "Ah Jib Gor" ketika mengumumkan perkara itu, berkata kursus tersebut adalah layak diiktiraf oleh kerajaan dan langkah itu dibuat selepas Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) memberi pengiktirafan kepada kursus-kursus itu sejak ia ditubuhkan.

"Oleh kerana wujud masalah teknikal sebelum kewujudan MQA, kursus-kursus itu tidak dapat diberi pengiktirafan oleh MQA.

"Mudah-mudahan dengan pengumuman ini, satu masalah yang menjadi hambatan kerana masalah teknikalnya, boleh diselesaikan sepenuhnya," katanya di Ekspo Inovasi Malaysia 2012 (IMT2012) Agensi Inovasi Malaysia di Kolej TAR di sini hari ini. 
NAJIB Tun Razak melambai tangan kepada ribuan pelajar yang menyambut ketibaan beliau ketika menghadiri dan merasmikan Siri Ekspo Inovasi Malaysia 2012 di Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD. RAHMAN
*NAJIB berharap tidak akan wujud masalah berbangkit dan akan meminta pihak yang berkenaan untuk mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah itu. 

Katanya, sejak 1969, Kolej TAR menghasilkan lebih 160,000 graduan dengan pelbagai kemahiran yang telah turut sama menyumbang kepada kemajuan negara. 

Beliau berkata, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkembang maju, kolej tersebut sudah mencapai satu tahap yang membanggakan apabila kursus-kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan profesional antarabangsa seperti ACCA, CIMA, ICSA, CIOB dan lain-lain. 

Katanya, program Diploma Kolej TAR turut diterima untuk kemasukan terus ke Tahun 2 dan Tahun 3 program-program Ijazah di negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. 

"Begitu juga program-program Diploma Lanjutan Kolej TAR diterima untuk kemasukan terus ke kursus-kursus ijazah sarjana di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun," katanya. 

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada kolej tersebut terutama kepada pelajar yang memberi sambutan begitu meriah kepadanya. 

Terdahulu, ribuan pelajar kolej tersebut beratur sepanjang jalan bermula dari pintu masuk Kolej TAR sehingga ke dewan utama, tempat berlangsung acara tersebut, bagi menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment