My Add

Friday 1 June 2012

Lebih muatan ancam keselamatan pengguna jalan raya: SPAD

KUALA LUMPUR, KUMAAT, 01 Jun, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur dalam isu lebihan had muatan lori kerana perkara itu mengancam keselamatan pengguna jalan raya. 

SPAD dalam satu kenyataan hari ini, berkata had muatan setiap kenderaan barangan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum dilesenkan oleh SPAD.

"Suruhanjaya ini menjalankan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan undang-undang di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," kata suruhanjaya itu.

Lori yang membawa lebihan muatan bukan saja membahayakan tetapi juga merosakkan jalan raya, menurut kenyataan itu, sebagai mengulas tindakan lebih 200 pemilik dan pemandu lori jongket berhimpun di Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Selasa bagi membantah operasi penguatkuasaan SPAD. 

Penasihat Persatuan Lori Melaka, Ko Bing Liyong dilapor berkata, perhimpunan itu bertujuan meminta SPAD mempertimbangkan semula peraturan muatan lori dan mendakwa operasi SPAD menjejaskan sumber pendapatan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment