My Add

Wednesday 27 June 2012

Lelaki Aceh dihukum gantung edar dadah

ALOR SETAR, RABU, 27 Jun, 2012: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berasal dari Aceh, Indonesia setelah didapati bersalah mengedar dadah lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ilham Saputra Zainal Abidin, 32, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Ilham Saputra yang bekerja sebagai peniaga ikan didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 95.31 gram di tepi pagar kilang Hamagawa Sdn Bhd, Jalan Bakar Arang, Sungai Petani pada 5.30 petang 9 Ogos 2007.

"Daripada keterangan pihak pendakwaan, SP4 (saksi pendakwa) telah adakan perbincangan dengan OKT (orang kena tuduh) melalui telefon untuk jual beli dadah berbahaya dan telah menetapkan tempat dan masa untuk pertemuan.

"OKT datang selepas perbincangan itu. Semasa ditangkap dadah berbahaya ada dalam pemilikan OKT dan OKT memang tahu beg yang dibawanya mengandungi dadah," kata Mohd Zaki.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment