My Add

Friday 22 June 2012

Louis Dreyfus sahkan perkongsian strategik dengan FGV

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Louis Dreyfus Commodities Asia (LDCA) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan muktamad dengan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) mengenai syarat-syarat perkongsian strategik antara keduanya.

 Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui FGV, LDCA berkata, semua kelulusan yang perlu daripadanya telahpun diberikan dan perjanjian muktamad itu masih tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Pengarah anak-anak syarikat FGV.

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani bulan lepas untuk LDCA menjadi pelabur dan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan pemasaran dan perniagaan minyak sawit FGV. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment