My Add

Monday 11 June 2012

Malaysia tidak korban alam sekitar capai status negara maju

YEOSU, ISNIN, 11 Jun, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam keghairahan mencapai status negara maju melalui pelbagai pelan transformasi yang dilakukan, Malaysia tidak akan sesekali mengorbankan alam sekitarnya yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memelihara khazanah negara ini termasuk dengan memperkenal undang-undang dan dasar pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti.

"Kita sudah ada garis panduan dasar dan kita mahu negeri di Malaysia yang punyai hak ke atas tanah, flora dan fauna di bawah tanggungjawab mereka supaya mengambil langkah pembangunan tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar, baik pembangunan perumahan dan industri," katanya selepas merasmikan Hari Malaysia dan melawat Pavilion Malaysia di EXPO Yeosu 2012, Korea Selatan, hari ini.

"Memang tuntutan pembangunan sentiasa ada, desakan guna tanah di kawasan tanaman sentiasa ada tetapi keseimbangan pertahankan alam sekitar dan pembangunan mesti wujud. 

"Ini bukan saja tanggungjawab kementerian dan kerajaan tetapi juga mereka (negeri-negeri) dan saya percaya dalam keghairahan untuk negara maju, Malaysia tidak akan korbankan khazanah alam sekitar yang kita ada," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment