My Add

Sunday 10 June 2012

Mat rempit ada rekod jenayah serius tidak akan dibantu:

KLANG, AHAD, 10 Jun, 2012: Kelab Putera 1Malaysia tidak akan membantu golongan 'Mat Rempit' yang mempunyai rekod jenayah serius, meskipun bilangannya kecil, kata Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Beliau berkata, kelab itu sedia mendampingi golongan itu bagi memberi mereka 'peluang kedua' seperti menyambung pelajaran dan mendapatkan pekerjaan.
Katanya, kira-kira 7,000 golongan 'Mat Rempit' yang dibantu berjaya mendapat pekerjaan.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan menggunakan kad pengenalan 'Mat Rempit' yang hendak dibantu dengan pihak polis terlebih dahulu untuk memastikan tiada kesalahan jenayah. 

"Kami akan meneliti dan memperhalusi setiap Mat Rempit yang perlu diberikan bantuan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Koperal Mustaghni Tabri, 48, di Kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) Taman Sri Andalas di sini, hari ini. 

Abdul Azeez yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku penaung Kelab Putera 1Malaysia turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM20,000 kepada keluarga Mustaghni. 

Mustaghni meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Jumaat lepas akibat cedera terkena objek ketika sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini awal pagi, 3 Jun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment