My Add

Wednesday 27 June 2012

MBI tubuh unit pemuliharaan bangunan warisan

IPOH, RABU,27 Jun, 2012: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang mengkaji untuk mewujudkan satu unit khas bagi program pemuliharaan bangunan warisan di negeri ini.

Pengarah Perancangan Bandaraya MBI, Zulqarnain Mohamad berkata, ketika ini cadangan tersebut sedang diteliti dan dikaji secara menyeluruh oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Katanya, selain menguruskan hal-hak berkenaan pemuliharaan bangunan, unit khas itu nanti akan bertanggungjawab untuk memberi garis panduan kepada pemilik bangunan warisan yang mahu mengubahsuai dan menambahbaik premis masing-masing supaya warisan sedia ada dapat dikekalkan.

``Sekarang semua urusan pemuliharaan bangunan berada dibawah bahagian perancangan bandar atau perancangan bangunan. Kita tiada satu unit khas untuknya menyebabkan banyak perkara tidak dapat dilakukan.

``Arahan telah dikeluarkan oleh Exco dan ketika ini Datuk Bandar tengah kaji cadangan tersebut. Kita harap cadangan itu dapat dilaksanakan segera bagi mengelakkan bangunan warisan terus dirosakkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman mengadakan Program Walkabout pemeliharaan bangunan di Jalan Lau Eng Chin di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment