My Add

Tuesday 26 June 2012

Najib ucap tahniah kepada Presiden Mesir baru

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Mesir yang baru, Mohammed Morsi berikutan kejayaan beliau dalam pilihan raya presiden, baru-baru ini. 

Perdana Menteri, dalam perutusan tahniahnya, berkata kejayaan Morsi adalah bukti jelas tentang keyakinan rakyat Mesir terhadap kepimpinan dan wawasan politiknya, menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan di sini, hari ini.

"Malaysia menyambut baik proses transformasi ke arah demokrasi yang sedang mengambil tempat di Mesir, dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan Morsi untuk terus memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara," kata Najib.

Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baru pada Ahad lalu selepas menang tipis terhadap pencabarnya Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi. 

Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment