My Add

Friday 22 June 2012

Pelepasan spesies asing ancam haiwan tempatan: Perhilitan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Tindakan melepaskan haiwan spesies asing ke ekosistem di negara ini boleh mendatangkan kemusnahan habitat serta mengancam haiwan spesies tempatan melalui perebutan makanan, kawasan dan sumber lain. 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi satu kenyataan hari ini berkata haiwan spesies asing perlu dikawal dengan pelbagai cara, antaranya kawalan pengimportan dan penyimpanan spesies tersebut.

"Pelepasan haiwan eksotik ini boleh berlaku secara sengaja dan tidak sengaja, amat membimbangkan apabila haiwan peliharaan eksotik dilepaskan dengan sengaja oleh pemilik apabila tidak berupaya atau jemu memeliharanya.

"Sehubungan itu, burung yang kerap diniagakan seperti Budgerigar (Melopsittacus undulatus) dan Cockatiel (Nymphicus hollandiucus) sudah disenaraikan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," menurut kenyataan itu. 

Perhilitan akan memantau pemilikan haiwan tersebut melalui pelesenan, pemantauan pergerakan atau pembiakan spesies dan menjalankan usaha kesedaran awam kepada pemilik haiwan tersebut. 

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila rujuk laman web Perhilitan di www.wildlife.gov.my atau email pakp@wildlife.gov.my. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment