My Add

Monday 4 June 2012

Penuntut didakwa rogol pelancong Switzerland

KOTA BHARU, ISNIN, 04 Jun, 2012: Seorang penuntut sebuah institut kemahiran di Pengkalan Chepa dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang pelancong warga Switzerland pada Mei lalu.

Mohamad Irfan Daud, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah merogol wanita berusia 25 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut kertas pertuduhan, penuntut semester dua jurusan binaan itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Taman Intan, Lundang dekat sini, kira-kira pukul 5 petang pada 10 Mei lalu.

Mohamad Irfan dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau sebatan jika didapati bersalah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment