My Add

Tuesday 12 June 2012

Polis guna SOP betul kawal Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, ISNIN. 11 Jun, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang betul semasa mengawal demonstrasi Bersih 3.0 bagi mengelak sebarang kejadian keganasan yang boleh mengancam keselamatan awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (gambar) berkata, selain menggunakan SOP yang ditetapkan, polis terpaksa bertindak dengan cepat bagi memastikan keadaan terkawal.

"Kementerian memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telah didakwa di mahkamah kerana melanggar prosedur itu.

"Perkara itu akan turut disiasat dengan lebih teliti melalui penubuhan Jawatankuasa Panel Penasihat Bebas yang dipimpin oleh Tun Mohammed Haniff Omar," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment