My Add

Monday 11 June 2012

Polis nafi hospital Malaysia jual organ

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Polis menafikan penglibatan hospital di negara ini yang didakwa terbabit dalam kegiatan penjualan organ manusia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan dakwaan bahawa ada aktiviti penjualan organ yang dilakukan di hospital di negara ini.

"Siasatan polis dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Polis Antarabangsa (Interpol) mendapati tidak wujud mana-mana hospital di Malaysia yang terlibat dengan pemindahan dan penjualan organ, kita minta sekiranya orang awam mempunyai berita atau maklumat sila laporkan kepada polis untuk kita siasat.

"Bukan mudah untuk menjalankan aktiviti ini kerana ia melibatkan banyak proses dan polis sentiasa melakukan pemantauan dan risikan bagi mencegah jenayah ini,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment