My Add

Monday 4 June 2012

Polis rampas dadah RM1.1 juta dalam tiga serbuan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Polis menumpaskan dua sindiket dadah yang didalangi warga Nigeria dan tempatan selepas menahan sembilan individu termasuk seorang wanita warga Togo dalam tiga serbuan berasingan membabitkan nilai rampasan RM1.1 juta, minggu lalu. 

Serbuan yang dilakukan pada 30 dan 31 Mei lalu oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman hasil maklumat awam dan risikan itu berjaya merampas 28.8 kilogram ganja, 769 gram syabu serta 44,930 biji pil Eramin 5.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuan pertama pada Rabu lalu di Dataran Selayang, polis menahan dua lelaki warga tempatan dan menjumpai 18 ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua pada hari yang sama polis berjaya menahan seorang wanita warga Togo di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang kerana disyaki menelan kapsul dadah. 

"Selepas pemeriksaan X-ray di Hospital Serdang sebanyak 55 ketulan kapsul disyaki dadah jenis syabu dengan berat 750 gram bernilai RM200,000 berjaya dikeluarkan," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, sebentar tadi. 

Noor Rashid berkata, dalam serbuan ketiga pada Khamis lalu di sebuah kondominium Jalan Tun Abdul Razak, polis berjaya menahan empat lelaki dan dua wanita Cina warga tempatan.

No comments:

Post a Comment