My Add

Tuesday 26 June 2012

Puncak Niaga mahu saman Syabas

SHAH ALAM, SELASA, 26 Jun, 2012: Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengemukakan saman terhadap anak syarikatnya iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) selepas didesak oleh pemegang saham minoriti syarikat tersebut.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tindakan itu adalah ekoran tunggakan hutang daripada Syabas sebanyak RM1.09 bilion setakat Disember tahun lalu yang belum dibayar kepada Puncak Niaga sehingga hari ini.

Menurutnya, kegagalan Syabas membuat pembayaran itu kepada Puncak Niaga adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat tersebut termasuk menerima sekatan tertentu daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment