My Add

Sunday 10 June 2012

RM3b bukan perkara kecil

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
MUAR, SABTU, 09 Jun, 2012: Dakwaan pemilikan 20 akaun induk bernilai lebih RM3 bilion melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu perkara kecil atau remeh kerana ia melibatkan jumlah yang cukup besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, selaku ketua pembangkang, Anwar perlu bertanggungjawab dengan tampil memberi penjelasan berhubung pemilikan itu yang sehingga kini masih belum dijawabnya.

"Jadi tanggungjawab ketua pembangkang dia kena jelaskan. Kalau tak betul kena jawab tak betullah, rakyat nak tahu. NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) ini mewakili rakyat, apakah benar atau tidak (dakwaan itu).

"Kalau tidak betul harus ambil tindakan kepada yang membuat kenyataan itu. Ini terserah kepada Anwar untuk menilai," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kasihi Pekebun Kecil Negeri Johor 2012 di Dataran Sarang Buaya, Sungai Balang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Semalam, beberapa NGO mendesak Anwar supaya memberi penjelasan berhubung pemilikan akaun tersebut semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Rabu lalu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan pemilikan 20 akaun itu kerana boleh dikaitkan dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Muhyiddin berkata, sekiranya Anwar masih berdiam diri maka kewibawaan dan integritinya sebagai seorang pemimpin akan terjejas dan kesannya amat buruk. - UTUSAB

No comments:

Post a Comment