My Add

Wednesday 27 June 2012

Standard Kementerian Kewangan, Pertanian lemah - Azmi

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.

"Didapati pegawai yang mewakili kementerian (kewangan dan pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah.

"Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir, pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua kementerian berkenaan serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment