My Add

Friday 1 June 2012

Suruhanjaya Diraja siasat isu pendatang asing di Sabah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak. 

"Jabatan Peguam Negara diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas sudah disediakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment