My Add

Saturday 30 June 2012

Prosedur dokumen projek lereng bukit remeh

PULAU PINANG. SABTU, 30 Jun, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak ikhlas apabila mengenakan pelbagai prosedur ketat kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, walaupun sebelum ini mereka mengumumkan orang awam boleh melihat dokumen tersebut namun, syarat-syarat yang dikenakan menyusahkan.

"Kerajaan Negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupun mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

“Saya ingin tanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temujanji beserta syarat-syarat lain?," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow mengumumkan kerajaan negeri akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 38 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008.

Menurut Leong Meng, lebih menyukarkan, tempoh waktu yang diberikan untuk meneliti dokumen berkenaan hanya selama 90 minit dan dihadkan kepada lima individu. - UTUSAN


PULAU PINANG 30 Jun - Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak ikhlas apabila mengenakan pelbagai prosedur ketat kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.


Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, walaupun sebelum ini mereka mengumumkan orang awam boleh melihat dokumen tersebut namun, syarat-syarat yang dikenakan menyusahkan.


"Kerajaan Negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupun mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).


“Saya ingin tanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temujanji beserta syarat-syarat lain?," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Pada 27 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow mengumumkan kerajaan negeri akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 38 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008.


Menurut Leong Meng, lebih menyukarkan, tempoh waktu yang diberikan untuk meneliti dokumen berkenaan hanya selama 90 minit dan dihadkan kepada lima individu. - UTUSAN

Kerajaan Pas Kedah gagal kawal pusat hiburan - Mukhriz

JITRA, SABTU, 30 Jun, 201: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyifatkan Pas gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak pusat hiburan baru wujud terutamanya di kawasan pedalaman seperti Sik, Padang Serai dan Baling.

Beliau berkata ketiga-tiga daerah itu tidak mempunyai pusat hiburan sebelum Kedah diperintah Pas.

"Kerajaan negeri perlu kawal pusat hiburan ini dan mengambil tindakan terhadap pengusaha tidak berlesen yang menjalankan perniagaan secara haram," katanya ketika ditemui pada Mini Karnival Pendidikan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini hari ini.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata, selain umat Islam, masyarakat bukan Islam juga tidak senang sekiranya pusat hiburan di negeri ini tumbuh secara tidak terkawal tanpa ada sebarang keperluan. - BERNAMA

Bersih 3.0: Suhakam mulakan siasatan awam Khamis ini

KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 2012: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam Khamis ini terhadap insiden semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul berkata, terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan berkenaan.

"Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan awam akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta individu atau agensi yang bertanggungjawab.

"Selain itu siasatan awam akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga 21 Jun lepas, Suhakam telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang diterima daripada orang awam dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video serta telah mengenal pasti saksi-saksi, katanya. - BERNAMA

Aburizal calon Golkar pada p/raya presiden Indonesia

BOGOR, sabtu, 30 Jun, 2012: Taikun perlombongan Indonesia, Aburizal Bakrie mengesahkan tempatnya sebagai calon yang akan mengetuai Parti Golkar untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2014.

Aburizal, 65, akan mengetuai senarai pencalonan dan dijangka memberi saingan sengit kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang hanya mempunyai tempoh pemerintahan selama dua penggal sahaja lagi.

“Bersyukur atas kehendak Ilahi, atas kepercayaan untuk membangunkan Indonesia, doa dan sokongan daripada anda semua, saya dengan berbesar hati menerima pencalonan ini," katanya.

Pencalonan Aburizal sudah dijangka lebih awal berdasarkan kempen yang dijalankan olehnya di seluruh republik itu untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi dan menguji sendiri kekuatan kewangan dan partinya. - REUTERS

ASEAN cari penyelesaian serantau tangani jerebu

MIRI, SABTU, 30 Jun, 2012: Negara-negara Asean akan segera mencari penyelesaian serantau bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan tahun ini berikutan jangkaan musim kering yang panjang sehingga tiga bulan mulai Julai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura dan Brunei semasa Sidang Kemuncak Bumi Rio di Brazil untuk membincangkan kemungkinan mengadakan mesyuarat serantau mengenai jerebu lebih awal daripada yang dijadual.

"Ketiga-tiga kami bersetuju untuk mengadakan mesyuarat lebih awal daripada tarikh yang dijadual pada September," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai keadaan jerebu di Miri, hari ini.

Mesyuarat Asean ke-14 Kumpulan Kerja Teknikal mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan dan Mesyuarat Asean ke-14 Jawatankuasa Pemandu Kementerian Bahagian Serantau mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan dijadual diadakan di Bali Indonesia pada September.

Negara-negara Asean terdiri dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Kemboja, Filipina, Laos, Thailand dan Myanmar. - BERNAMA

Panda rapatkan hubungan rakyat Malaysia-China

BEIJING, SABTU, 30 Jun, 2012: Penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia merupakan tanda persahabatan China yang diyakini dapat merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, permintaan kerajaan asing terhadap haiwan khazanah nasional China tersebut adalah sangat tinggi dan hanya beberapa negara memilikinya. - UTUSAN

200 terputus bekalan air

KANGAR, SABTU, 30 Jun, 2012:: Lebih 200 penduduk Taman Hijrah mendakwa hidup dalam kegelisahan berikutan sering terputus bekalan air berikutan tekanan rendah akibat kerja penggantian paip hampir dua minggu lalu.

Lebih mengecewakan apabila pihak berkuasa berkaitan didakwa gagal memaklumkan perkara itu menerusi notis awal bagi membolehkan penduduk menadah air untuk kegunaan harian.

Seorang penduduk, Syed Farid Syed Mustafa, 25, berkata, dia kecewa dengan masalah itu kerana terpaksa berdepan dengan kesulitan akibat terputus bekalan air, sekali gus menyukarkannya melakukan aktiviti harian.

Menurutnya, masalah itu bermula sejak dua minggu lalu dan menjadi bertambah pada Isnin lalu apabila tekanan air rendah.

“Air hanya keluar dari paip sinki dapur menyebabkan saya bersama isteri terpaksa menadah air sepanjang hari.

“Setiap hari saya terpaksa membuang masa hingga mengganggu kerja kerana menadah air. Kami menadah air pada waktu malam kerana tekanan air agak kuat berbanding siang hari,” katanya, semalam.

Penduduk lain hanya dikenali sebagai Zulkhairi, 26, berkata, pada mulanya dia menyangka bekalan air di rumahnya dipotong.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapat maklum balas tetapi gagal.

Pesara rugi RM20,000 barangan dalam kereta dicuri

KUANTAN, SABRU, 39 Jun, 201: Seorang pesara wanita kehilangan barangan berharga dan wang tunai bernilai RM20,000 selepas keretanya dipecahkan di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Peramu di sini, semalam.

Mangsa, Inshah Ab Rahman, 58, dari Permatang Limau, Sungai Soi di sini berkata dia singgah di kedai itu untuk bersarapan pada pukul 9 pagi.

"Saya meletakkan kereta berhampiran dengan kedai itu di tepi jalan dan masuk ke dalam kedai makan berkenaan untuk bersarapan dan selepas selesai bersarapan saya kembali ke kereta saya dan mendapati cermin sebelah pemandu telah dipecahkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, setelah diperiksa beg tangan yang menyimpan barangan berharga dan wang tunai yang kesemuanya bernilai RM20,000 dan beberapa dokumen penting yang ditinggalkannya di dalam kereta berkenaan telah hilang.

Inshah berkata pencuri bertindak begitu cepat sehingga semua pelanggan dalam kedai berkenaan tidak menyedari perbuatan itu sedangkan jarak kereta dengan kedai amat dekat.

Katanya dia kemudiannya menghubungi suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi berkata kes itu sedang disiasat. — BERNAMA


Faekah kekal SU Politik MB Selangor

*ABDUL Khalid menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Nur Nuha Mohd Yusuff, semalam.

AHMAD NORMAN ABU TALIB
SHAH ALAM, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Kerajaan Negeri menafikan spekulasi terdapat desakan daripada exco meminta Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, soal pemecatan tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikannya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, perkara tersebut hanya spekulasi yang dipercayai diwujudkan pihak tertentu. “Kita rasa tidak ada isu mengenainya (Faekah) kerana perkara ini tidak dibincangkan di dalam exco mengenai pemecatan tersebut.

“Ia hanya satu spekulasi kerana perbincangan exco biasanya ada minit mesyuarat dan perkara ini bukan melibatkan exco,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri 2011 di Hotel De Palma di sini, hari ini..

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan kononnya terdapat desakan daripada exco yang mahukan Faekah dipecat.

Isu mengenai pemecatan itu timbul selepas pemimpin kanan PKR menerusi laporan Ia hanya satu spekulasi kerana perbincangan exco biasanya ada minit mesyuarat dan perkara ini bukan libatkan exco." Abdul Khalid sebuah portal berita pro pembangkang, 13 Jun lalu menggesa supaya Faekah dipecat.

Dalam laporan itu, pemimpin PKR tersebut dinyatakan menerusi Twitter menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010.

Semalam Sinar Harian melaporkan, Faekah menafikan dakwaan beliau meletak jawatan berikutan kontroversi penolakan dalam PKR terhadapnya. Dalam perkembangan yang sama Abdul Khalid menganggap isu surat sokongan adalah perkara kecil sebaliknya apa yang lebih penting adalah ketelusan mengenainya.

Menurutnya, isu memanjangkan surat sokongan bukanlah satu perkara yang salah malah menggalakkannya supaya surat tersebut dapat diperhalusi pihak yang sepatutnya. “Dalam birokrasi ada perkara yang ada baiknya kita panjangkan dan ada ketikanya tidak tetapi apa yang penting orang yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mestilah tidak mempunyai kepentingan,” katanya.

Sementara itu Abdul Khalid berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai kenyataan pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mengaitkan namanya sebagai individu bertanggungjawab mengarahkan pertukaran status zon tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) daripada kawasan lapang dan rekreasi kepada komersial kerana perkara tersebut masih dalam peringkat pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Katanya, beliau menyerahkan perkara tersebut untuk dibincangkan oleh Selcat sehingga selesai sebelum membuat sebarang kenyataan. “Kita tak boleh komen sehingga perbincangan Selcat itu selesai dan kita ada dua saluran untuk mengetahui perkara tersebut melalui Selcat dan juga Lembaga Rayuan Perancang," katanya.

Tak timbul soal BN kurang yakin, kata Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak timbul soal Barisan Nasional (BN) kurang yakin menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya itu. 

Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN itu menegaskan bahawa BN telah diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.

"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal, bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat telah berikan kepada kita.

"Jadi tidak timbul soal tidak yakin. Pada kita, yang penting (ialah) untuk menunjukkan kemampuan kita untuk terus membela rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, malam tadi.

Beliau menarik perhatian bahawa rakyat dilihat memberi sambutan baik terhadap program-program dan pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan demi kebaikan mereka.

Najib berkata ini dapat disaksikan melalui lawatan beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri.

Menurutnya, ia telah menampakkan sokongan rakyat yang sangat memberangsangkan dan ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin bertambah.

"Kita tidak boleh takbur, tetapi tahap keyakinan kita adalah berasaskan kepada sambutan rakyat kepada lawatan kita, kepada program-program atas tema 1Malaysia," kata Najib.

Beliau turut merujuk kepada pelbagai produk dan pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan melalui inisiatif seperti Program Tranformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Jelajah Janji Ditepati dan sebagainya.

"Kita dah buat, maknanya (keyakinan kita) bukanlah berasaskan kepada sesuatu yang tidak berpaksikan kepada penilaian tertentu yang kita lakukan," katanya.

Najib juga berkata program bersifat bersemuka dengan pelbagai kelompok masyarakat seperti program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) akan
diteruskan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan anggota BN supaya tidak menimbulkan kenyataan yang boleh menyentuh perasaan mana-mana kaum atau menimbulkan masalah antara parti komponen BN.

Sambil itu Sinar Harian melaporkan Najib menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang sebagaimana didakwa oleh PKR baru-baru ini.

BeliU  menegaskan, segala urusan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

"Semuanya dilakukan dengan betul. Tidak ada perkara seperti itu," kata beliau. 

PKR pernah mendesak kerajaan memberi penjelasan berhubung pemberian kontrak pembinaan projek tambahan itu kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak mempunyai pengalaman.

Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli mendakwa bahawa pemberian kontrak bernilai hampir RM1.1 bilion kepada syarikat tersebut mendapat campur tangan kerajaan.


Nurul Fatihah perlu pakar khas

*TIGA beradik menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta 
penjagaan rapi perlu bantuan

WAN NASRAH ABDUL RAHIM
SHAH ALAM, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Nurul Fatihah Zanery, 8, yang menghidap kanser, lebih banyak meniarap, semalam, dan tidak mampu untuk ke sekolah. 

Kesakitannya juga semakin serius menyebabkan kanak-kanak ini menangis hampir sepanjang masa.

Ibu kepada 3 beradik yang menghidap penyakit kronik, Adiana Othman, 34, berkata, beliau buntu memikirkan kaedah terbaik bagi mengesan kedudukan kanser sekali gus mempercepatkan pembedahan Nurul Fatihah.

"Rawatan susulan Fatihah pada 4 Julai ini. Saya tidak tahan lagi melihat keadaannya. Dia asyik menangis menahan sakit pada bahu kanannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tidak dapat mengesan kedudukan kanser Nurul Fatihah melalui ujian rawatan imbasan magnetik resonan (MRI) ke atas lehernya dan menyebabkan pembedahan tidak dapat dilakukan. 

Dalam perkembangan sama, dua beradiknya iaitu Nurul Huda, 12, dan Muhammad Amir, 11, masing-masing menghidap penyakit kanser tulang dan tiroid tahap empat menunjukkan tahap kesihatan yang tidak menentu.

"Nurul Huda ke sekolah semalam, menduduki ujian agama berperingkat, namun mengalami batuk berdarah apabila tidak dapat bertahan dengan keadaan persekitaran. Malah, batuknya semakin teruk, terutama menjelang malam,” katanya.

Katanya, Huda akan jalani rawatan susulannya pada 6 September ini. Sementara itu, Muhammad Amir yang dikatakan menggunakan sistem manual untuk buang urinnya, masih ke sekolah tanpa memakai lampin pakai buang.

"Amir juga memerlukan penjagaan khusus. Setiap kali saya cuba menahan rasa sebak dan tertekan. Perkara ini membuatkan saya semakin bingung memikirkan nasib mereka," katanya.

Katanya, Muhammad Amir dijadualkan buat rawatan susulan pada 3 Julai ini. Jumlah dana terkumpul setakat ini, meningkat kepada RM19,316.00. Sesiapa berhasrat menyumbang boleh hubungi 013-2934837 atau terus ke akaun Maybank milik Adiana 162508103642. - Sinar Harian

Kaji graduan tidak dapat kerja setimpal

*MOHAMED Khaled beramah mesra dengan pengunjung di tapak pameran Media Prima Berhad pada Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012:: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji isu graduan yang tidak mendapat pekerjaan setaraf dengan kelulusan mereka. 

Kajian itu juga untuk mengetahui sama ada graduan memperoleh pendapatan setimpal dengan kursus dipelajari ketika menuntut di institut pengajian tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata melalui kajian itu, pihaknya boleh mengetahui berapa peratus graduan yang memperoleh pekerjaan sesuai dengan kelulusan mereka.

“Kita mahu tahu adakah graduan bekerja berdasarkan kelulusan yang diperoleh. Selain itu, kita juga mahu tahu sejauh mana syarikat akan menawarkan pekerjaan kepada graduan selepas mereka menjalani latihan praktikal. 

“Apakah penyelesaian kepada semua masalah ini hanya akan diketahui apabila kajian disiapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Hou Kok Chung dan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab Rahim Md Noor. 

Karnival anjuran KPT dengan kerjasama Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) dan Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA) itu disertai 150 pempamer daripada agensi kerajaan dan sektor swasta menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan keusahawanan. 

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, usaha perlu diambil untuk meningkatkan penyertaan graduan dalam bidang keusahawanan kerana ketika ini hanya satu peratus atau 1,034 graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti daripada 180,000 yang menamatkan pengajian tahun lalu menceburi bidang perniagaan. 

“Mereka perlu memilih bidang ini kerana ia bukan saja mengurangkan kadar pengangguran, malah membantu kita (kerajaan) mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya menggesa IPTA menerapkan nilai keusahawanan di kalangan pelajar yang menunjukkan minat dalam perniagaan. 

Ditanya mengenai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan penggantungan pengajiannya selama tiga semester, Mohamed Khaled berkata, ia terpulang kepada mahkamah untuk menentukan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib UPSI. - BERITA HARIAN

BN yakin menang PRU-13

*NAJIB bersama Muhyiddin Yassin sebelum memulakan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi 
Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.



Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan keputusan beliau masih berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 tiada kaitan dengan persoalan tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan menang sebaliknya ia demi menghormati mandat selama lima tahun yang diberi rakyat kepada Kerajaan Pusat.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang kononnya beliau tidak yakin adalah tuduhan tidak berasas kerana ketika ini tahap sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dan ia terbukti melalui sambutan diberi orang ramai dalam setiap program mahu pun lawatan.

Jelas beliau, walaupun mendapat sokongan padu, BN tidak mahu bersikap takbur seperti pembangkang sebaliknya mahu menggunakan baki mandat yang ada untuk berkhidmat dan terus membela rakyat melalui pelbagai program yang telah dan bakal diadakan.

"Itu kata pembangkang, bila kita dipilih rakyat untuk tempoh lima tahun, ia amat penting untuk lihat kemampuan BN mentadbir, bangunkan negara dan bela nasib rakyat. Jadi kalau kita buat pilihan raya terlalu awal, kita pendekkan tempoh lima tahun yang diberi rakyat.

"Tak timbul langsung soal tidak yakin kerana keyakinan kita bersandarkan sambutan rakyat pada setiap lawatan, program, produk baru serta pembaharuan yang diperkenalkan, penerimaan rakyat semakin meningkat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya apakah beliau yakin jika pilihan raya umum diadakan sekarang BN akan memperoleh kemenangan, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pihaknya tidak mahu takbur tetapi yakin rakyat akan membuat pilihan tepat berasaskan rekod perkhidmatan, segala janji ditepati serta pembaharuan yang dilakukan kerajaan.

Terdahulu, beliau berkata, sokongan rakyat terhadap lawatan beliau dan Muhyiddin ke seluruh negara sangat memberangsangkan sekali gus memberi petunjuk bahawa keyakinan orang ramai terhadap BN juga semakin kuat dan kukuh.

Sehubungan itu beliau memberi jaminan lebih banyak program mesra rakyat seperti Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) akan diadakan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, semua ahli BN diingatkan agar jangan menimbulkan sebarangan kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau menjejaskan hubungan antara komponen parti. - UTUSAN.

Pas cabar buat kenyataan undi UMNO dapat pahala

KOTA BHARU, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Pas mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika UMNO percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam, maka tidak ada salahnya untuk parti itu membuat dakwaan seperti Pas.

Katanya, ini kerana segala amalan yang dilakukan manusia di dunia ini berkait dengan soal dosa dan pahala.

Menurut beliau, tohmahan terhadap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyebut 'undi Pas dapat pahala' sebagai ajaran songsang adalah kerana UMNO kurang dalam ilmu agama.

"Kami tidak akan marah jika UMNO juga mahu mengatakan mengundi parti itu akan dapat pahala, jika yakin perjuangan mereka berlandaskan Islam, maka beritahulah begitu kepada rakyat," katanya. - UTUSAN

Tempat letak kereta: Guan Eng perlu mohon maaf

PULAU PINANG, HJUMAAT,29 Jun, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memohon maaf kepada rakyat di negeri ini berikutan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta di kawasan pelancongan Bukit Bendera di sini.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, perbuatan tersebut disifatkan pembaziran wang rakyat kerana akibat kesilapan kerajaan negeri itu sebanyak RM8 juta lagi terpaksa dibelanjakan untuk membina semula bangunan tersebut.

"Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) perlu bertanggungjawab dan meminta maaf.

"Beliau juga perlu mengembalikan wang RM5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Pelancongan supaya Kerajaan Pusat boleh mengadakan lebih banyak program untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat bangunan tempat letak kereta di Bukit Bendera di sini hari ini. - UTUSAN

Beijing tolak rundingan isu tuntutan bertindih melalui ASEAN

BEIJING, JUMAAT, 29 Jun, 201: Kerajaan China menolak rundingan isu tuntutan bertindih Kepulauan Spratly melalui ASEAN, sebaliknya mahu menyelesaikan perkara tersebut secara bilateral dengan semua negara terlibat termasuk Malaysia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menegaskan, rundingan dua hala merupakan kaedah terbaik untuk menyelesaikan tuntutan bertindih kawasan sempadan maritim dan darat di peringkat antarabangsa.

"China dan Vietnam umpamanya berjaya menyelesaikan isu tuntutan bertindih di darat melalui rundingan dua hala.

"Rundingan tidak harus dilakukan melalui ASEAN kerana China tidak mempunyai sebarang tuntutan bertindih dengan organisasi serantau itu," katanya kepada pemberita Asia Tenggara dan Asia Selatan yang melawat Beijing atas pelawaan Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (IDCPC), di sini semalam. - UTUSAN

Umat Islam dinasihat patuhi fatwa dikeluarkan oleh mufti

*IBRAHIM Ali (tengah) beramah mesra dengan para pemenang Tilawah al-Quran Peringkat Parlimen Pasir Mas di Dataran Tok Him, Pohon Rawa, Pasir Mas, kelmarin.

PASIR MAS, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Umat Islam dinasihatkan mematuhi pandangan dan fatwa yang dikeluarkan mufti untuk memastikan agama Islam dapat diperkukuhkan daripada cubaan beberapa pihak yang mahu menggugat agama rasmi itu di negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia penting ke arah penyatuan umat Islam, apatah lagi pandangan mufti itu dibuat atas kapasiti mereka sebagai ulama dengan ilmu agama yang tinggi.

"Kita tengok di seluruh dunia umat Islam begitu ramai tetapi kenapa akhir-akhir ini banyak perkara yang menunjukkan Islam ditindas.

"Sebab itulah di negara ini kita ada mufti yang akan sentiasa mengeluarkan fatwa demi kebaikan umat Islam, maka ia perlu dihormati dan dipatuhi bukannya dihina seperti yang berlaku sekarang," katanya. - UTUSAN

RM26.7j bantu atasi masalah air di Kelantan

BACHOK, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan pinjaman baru kepada kerajaan Pas Kelantan sebanyak RM26.7 juta bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk negeri ini secepat mungkin.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pinjaman berkenaan diluluskan pada 30 Mei lalu menjadikan keseluruhan pinjaman yang dipohon kerajaan Pas Kelantan sebanyak RM714.05 juta termasuk lebih RM600 juta yang diluluskan sebelum ini.

Beliau berkata, pinjaman terbaru itu dipohon untuk membiayai Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng di Kota Bharu yang diharap mampu memberi keselesaan kepada penduduk dalam bandar dan sekitarnya dalam tempoh terdekat.

"Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan prihatin terhadap masalah bekalan air bersih yang dihadapi rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis mesra rakyat di Kampung Hujung Repek, dekat sini hari ini. - UTUSAN

Raja Permaisuri Agong rasmi Floria 2012 hari ini

PUTRAJAYA, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Bermula esok, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berubah wajah menjadi hamparan bunga-bungaan pelbagai warna sempena penganjuran Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012).

Pesta sembilan hari di Persisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 itu turut menawarkan pameran hiasan seni reka taman yang mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni.

Edisi kelima yang menampilkan slogan Bunga Kertas - Tetap Menawan itu bakal dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah esok.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, selain bunga kertas, Floria 2012 turut mempamerkan beberapa spesies unik lain seperti bonsai, heliconia dan orkid untuk tatapan pengunjung.

"Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai terutamanya penggemar landskap taman dan bunga-bungaan datang beramai-ramai ke Floria 2012 bagi menyaksikan sendiri keindahan yang bakal dipamerkan," katanya. - UTUSAN

Jawatankuasa kaji isu siswazah

*MOHAMED Khaled Nordin melawat tapak pameran selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawan Graduan (K3G) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun , 2012: Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu siswazah yang mendapat pekerjaan serta pendapatan tidak setimpal dengan kelulusan dimiliki.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian berhubung perkara itu wajar dibuat memandangkan ia boleh memberi gambaran sebenar dihadapi pelajar apabila menamatkan pengajian serta memasuki alam pekerjaan.

Selain itu, katanya, kajian juga akan dilakukan terhadap kebarangkalian pelajar diserap bekerja selepas menjalani tempoh latihan industri di sesebuah syarikat. - UTUSAN

Bakal usahawan perlu berani ceburi perniagaan francais

*ISMAIL Sabri Yaakob mencuba kemahiran bermain dam bersama remaja ketika hadir pada Majlis Perasmian Program Francais Komuniti 2012 Peringkat Negeri Sembilan di Garden Avenue Seremban 2, semalam.

SEREMBAN, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Bakal usahawan perlu berani menceburi perniagaan francais khususnya berskala kecil walaupun berhadapan kekangan modal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana masih wujud tanggapan kononnya perniagaan tersebut hanya dipelopori golongan peniaga dengan modal permulaan yang besar.

"Ingin saya tegaskan persepsi itu sama sekali tidak benar dan perlu dikikis kerana perniagaan francais di negara ini sudah berkembang dan kita mempunyai pelbagai sistem serta jenama termasuk francais mikro yang boleh diceburi golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya. - UTUSAN

Polis Marin mohon elaun pedalaman, gangguan

*SALEH Mat Rashid beramah mesra dengan Azrina Jay Mizan ketika melawat Pondok Polis di Pulau Aur, Mersing, semalam.

MERSING, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan agar menyediakan elaun pedalaman dan elaun gangguan kepada anggota Polis Marin yang berkhidmat di balai dan pondok polis di pulau di negara ini.

Ia bagi menghargai pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas dalam keadaan serba kekurangan di kawasan terpencil itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Salleh Mat Rashid berkata, sejak 2009, tugas menjaga balai dan pondok polis di empat pulau di perairan Mersing iaitu Pulau Aur, Pemanggil, Tinggi dan Sibu yang sebelum itu diletakkan di bawah tanggungjawab anggota polis tugas am telah diambil alih oleh Polis Marin. - UTUSAN

Permintaan barangan 'celup' di bazar larut malam tinggi

*BEBERAPA pembeli sedang memilih alat kosmetik tiruan di sebuah bazar larut malam di ibu kota.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Industri kosmetik tiruan di Malaysia seolah-olah belum sampai ke penghujungnya walaupun acap kali pihak berkuasa melakukan rampasan, selain laporan media yang kerap menyiarkan bahaya penggunaan barangan 'celup' tersebut.

Buktinya, pada tahun lalu, sebanyak RM9,848,924 juta produk kosmetik tiruan telah berjaya dirampas, masing-masing RM8,703,939 oleh Kementerian Kesihatan dan RM1,144,985 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Lebih mengejutkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan 22 kali ganda berbanding nilai rampasan yang diperoleh pada tahun 2010, sebanyak RM446,415.

Sambutan daripada pengguna tersebut telah menggalakkan syarikat pengeluar dan penjual barangan 'celup' ini meluaskan pasaran khususnya di pasar terbuka dan bazar larut malam. - UTUSAN

Penjualan produk kosmetik tiruan rugikan negara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Lambakan produk kosmetik tiruan bukan sahaja membahayakan pengguna malah merugikan negara.

Lebih membimbangkan, banyak syarikat pengeluar produk kosmetik tempatan boleh 'gulung tikar' ekoran keghairahan pengguna membeli kosmetik tiruan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara mendapat manfaat melalui pungutan cukai daripada penjualan produk kosmetik asli yang kemudiannya disalurkan kepada pembangunan negara.

"Bukan kerajaan sahaja yang rugi, tapi pengguna juga mengalami nasib sama kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat hilang begitu sahaja.

"Dan tentunya barangan kosmetik tiruan tersebut dibawa masuk ke negara ini secara haram, jika tidak tentu ia telah berjaya dirampas ketika melalui pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Pelanggan 'tutup mata' asal harga murah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Sudah terhantuk baru terngadah. Itulah gambaran sikap pengguna yang hanya berani melaporkan kes membabitkan produk kosmetik tiruan selepas mengalami sendiri kesan sampingan teruk pada wajah setelah menggunakan barangan tersebut.

Pada tahun lalu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) hanya menerima tidak lebih 30 aduan berkenaan kosmetik tiruan dalam setahun berbanding tahap keseriusan kes tersebut.

Pengurus Kanan NCCC, M. Matheevani berkata, hal tersebut mungkin juga disebabkan pengguna sedar, mereka tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat pengeluar kerana ia tidak berdaftar.

"Jika hendak dibandingkan dengan tahap keseriusan kes ini, jumlah aduan yang diterima adalah sangat kecil.

"Malah, kebanyakan pengadu juga hanya tampil membuat laporan selepas mereka mendapat kesan sampingan akibat penggunaan kosmetik tiruan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini baru-baru ini," katanya. - UTUSAN

Warga emas hidup daif dapat perhatian

*ADZMI Din (tengah) dan Boon Som Inong (kiri) menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada warga emas, Tong Kiam Endin Tong di rumahnya di Kampung Tas, Mukim Pulai, Baling, Kedah, semalam.

BALING, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Nasib malang seorang wanita warga emas yang terpaksa hidup sebatang kara di rumah usang di Kampung Tas, Mukim Pulai dekat sini mendapat perhatian Pengerusi Program Kasih Sayang Perdana Menteri Peringkat Kedah, Datuk Adzmi Din dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong semalam.

Rumah yang didiami oleh Tong Kiam Endin Tong, 62, hasil peninggalan ibu bapanya itu, usang selepas dia tidak mampu memperbaiki semula akibat kesempitan hidup.

Ia akan diperbaiki semula selepas peruntukan khas dikeluarkan secara terus daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adzmi memberitahu, pihaknya telah mengadakan tinjauan dan mendapati ada keperluan mendesak untuk membina semula rumah bagi keselesaan warga emas itu.

"Keadaan rumah beliau agak uzur malah tiada kemudahan elektrik dan air. Jadi, kita sekarang telah meluluskan sebuah rumah baru yang akan dibina menerusi kaedah gotong-royong.

"Kita akan membuat pemantauan terhadap kehidupan Tong Kiam selepas ini selaras dengan Program Kasih Sayang Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat warga emas itu, di sini semalam.

Adzmi yang juga Timbalan Presiden Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) berkata, beliau diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk memantau dan mengatasi masalah kemiskinan di peringkat negeri Kedah.

"Setakat ini kita telah berjaya membina 200 buah rumah dan memberikan bantuan berupa makanan dan keperluan asas kepada 23,000 individu tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan ideologi politik di Kedah," katanya.

Katanya, program tersebut berjalan secara lebih dekat dengan masyarakat akar umbi dan tanpa sebarang kerenah birokrasi.

"Kita hanya buat tinjauan dan cuba kurangkan kerenah. Tiada sebarang borang diperlukan. Jika benar-benar layak, bantuan akan disalurkan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Boon Som berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kes Tong Kiam menerusi laman web sosial masyarakat Siam baru-baru ini.

Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh, warga emas itu tinggal seorang diri di rumah usang berkenaan selepas ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

"Rumah itu tidak mempunyai bilik tidur dan sudah reput dimakan anai-anai. Lebih menyedihkan, Tong Kiam hidup sebatang kara malah dalam keadaan uzur kerana tidak mempunyai keluarga serta keadaan kesihatan tidak mengizinkan," katanya.

Bagaimanapun, Boon Som berkata, beliau bersyukur kerana mendapat reaksi positif selepas perkara itu dibawa kepada pengetahuan Azmi.

"Bagi pihak masyarakat Siam, saya bersyukur dan berterima kasih kerana masalah wanita berkenaan berjaya diselesaikan menerusi Program Kasih Sayang Perdana Menteri," jelasnya. - UTUSAN

Dinar Kelantan sekadar barang perhiasan bias

KOTA BHARU, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Dirham atau dinar emas Kelantan tidak boleh dijadikan mata wang selagi ia tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat atau Bank Negara.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tersebut, dinar emas hanyalah barangan perhiasan biasa seperti gelang, rantai dan cincin emas.

Sehubungan itu, katanya, tidak timbul isu dinar emas perlu diletakkan di bawah ulil amri negeri iaitu sultan atau pun baitulmal, selagi ia tidak diluluskan Bank Negara.

"Kita kena faham negara kita ada mata wang, jadi sebarang benda yang hendak dijadikan wang perlu bertaraf mata wang, jadi apakah dinar yang ada ini sudah bertaraf mata wang.

"Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang, ia hanya seperti barang perhiasan lain. Untuk dijadikan mata wang, ia tertakluk kepada undang-undang negara, mata wang kita terletak pada Bank Negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

20 rumah uzur di DUN Penanti dibaikpulih

*SUKARELAWAN Komuniti berganding bahu mengangkat zink rumah salah seorang penduduk pada Program Komuniti 1Malaysia di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Sazali Che Din

Oleh ANI AWANG
PERMATANG PAUH, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Sebanyak 20 buah rumah uzur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir dipilih untuk dibaikpulih melalui program gotong-royong Komuniti 1Malaysia bermula hari ini.

Program anjuran Jabatan Penerangan itu melibatkan sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M), belia setempat dan kakitangan jabatan terbabit serta beberapa agensi kerajaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Media Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia, Putri Noor Zuraida Megat Ahmad, seramai 120 sukarelawan akan terlibat dalam program gotong-royong membaikpulih rumah itu. - UTUSAN

Pendengaran awam Selcat sia-sia

*PARA petani mengambil mesin yang diberikan di bawah program Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen di Tanjong Karang, semalam.

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
TANJONG KARANG, JUMAAT, 29 Jun, 2012: UMNO Selangor menyifatkan sesi pendengaran Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang diadakan kerajaan negeri berhubung isu padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya hanya membuang masa.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, sesi pendengaran awam itu sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah dan tiada sebarang tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri ke atas mereka yang terlibat jika wujud elemen penyalahgunaan kuasa.

''Kita percaya Selcat hanyalah satu tindakan kerajaan negeri untuk mengaburi mata rakyat selain untuk menutup kelemahan mereka dalam mentadbir di negeri ini," katanya. - UTUSAN

Lapan sesat di hutan ditemui

*PASUKAN penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang sesat di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Telok Kemang, kelmarin.

Oleh KHAIRUL NAJB ASARULAH
KHAN
TELOK KEMANG. JUMAAT,29 Jun,  2012: Keseronokan lapan sahabat mencari siput remis bertukar trauma apabila mereka tersesat hampir empat jam di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson di sini semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kesemua mereka yang berasal dari Melaka, tiba di hutan rekreasi berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan leka berjalan mencari siput itu, kesemua lelaki berkenaan yang berusia 19 hingga 26 tahun itu gagal mencari jalan pulang.

"Mereka menghubungi pasukan penyelamat dan berjaya diselamatkan kira-kira pukul 8.20 malam.

"Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi berada dalam keadaan letih dan lapar ekoran terlalu lama berjalan ketika ditemui pasukan penyelamat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

Friday 29 June 2012

Dr Mahathir mahu Marina jauhi Bersih

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
SHAH ALAM, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya. - Sinar Harian

Bilangan pengemis di Kuala Lumpur turun 49 peratus

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Jumlah pengemis di bandar raya yang diselamatkan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) menurun sebanyak 49 peratus sejak kempen membanteras pengemis ”Henti Memberi, Kami Prihatin” dilancarkan awal tahun ini.

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, seramai 128 orang papa dan pengemis berjaya diselamatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding 250 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk warga asing yang diselamatkan daripada pihak ketiga yang cuba mengeksploitasi dan menyalahgunakan mereka untuk kepentingan peribadi.

Katanya, pengemis tempatan akan ditempatkan di institusi JKM untuk pemulihan manakala warga asing pula diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.— BERNAMA

Pelawak Osman kering meninggal dunia

Osman Kering
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.

Osman, 54, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Anak keempatnya, Norhidayah Osman berkata, bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.

Jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Petaling Jaya selepas Maghrib.— BERNAMA

Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen

KAJANG, JUMAAT, 29 Jun, 2012:Seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati tong drum bersimen yang dikautnya mengandungi rangka manusia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pekerja lelaki berkenaan bertindak memecahkan tong drum bersimen sepenuhnya itu sebelum mendapati terdapat kandungan simen lagi di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki itu kemudian memecahkan simen di dalam tong itu sebelum menemui rangka manusia lengkap berpakaian yang diikat dengan kabel elektrik.

"Berikutan itu, lelaki tersebut terus melaporkan kepada majikannya berhubung penemuan rangka itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Abdul Rashid berkata, tiada identiti ditemui pada rangka itu dan siasatan awal polis menemui kesan tetakan pada lehernya.— BERNAMA

Pejabat pos Telok Mas dirompak

MELAKA,JUMAAT, 29 Jun, 2012: Pejabat Pos Telok Mas di sini mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas dirompak beberapa lelaki hari ini.

Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari itu, hanya dua staf wanita berada di dalam pejabat pos berkenaan.

Mereka didatangi beberapa lelaki dipercayai bersenjata pistol sebelum memaksa mereka menyerahkan wang di kaunter pejabat pos berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman yang mengesahkan kejadian tersebut berkata polis sedang menyiasat kejadian tersebut.— BERNAMA

Denggi: P.Pinang, 8 negeri catat peningkatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2912: Pulau Pinang mendahului lapan negeri yang mencatat peningkatan kes demam denggi antara 17 dan 23 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata, daripada 367 kes yang dicatat pada minggu berkenaan, Pulau Pinang merekodkan 12 kes (120 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 12 kes (86 peratus) dan Terengganu lima kes (56 peratus).

Selain itu katanya, Selangor mencatat lima kes (tiga peratus), Melaka empat kes (100 peratus), Perlis tiga kes (43 peratus), Sabah tiga kes (43 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes (100 peratus).

Menurutnya kematian akibat denggi juga meningkat kepada tujuh orang dengan 22 kematian dilapor tahun ini berbanding 15 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.— BERNAMA

Suami isteri dituduh rompak, cabul ejen hartanah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang ejen hartanah wanita, bulan lalu.

Wong Wai Kit dan isteri, How Sow Kim, masing-masing berusia 33 tahun, dituduh bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang membabitkan kerugian kira-kira RM70,000 di rumah beralamat 17-29-05, Mont Kiara Palma di sini kira-kira pukul 5 petang, 10 Mei lalu.

Dakwaan terhadap mereka yang tidak diwakili peguam bela dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan.

Wai Kit turut menghadapi tuduhan kedua iaitu didakwa mencabul kehormatan wanita berusia 34 tahun itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan tersebut, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazreen Zulkifli yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 kepada setiap tertuduh bagi pertuduhan pertama manakala Wai Kit turut ditawarkan ikat jamin RM5,000 bagi pertuduhan kedua. - UTUSAN

Pelajar perempuan lemas selepas selamat anak saudara

KOTA BHARU, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Seorang pelajar perempuan yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya dalam kejadian di Sungai Kedai Buluh di sini, hari ini. 

Mangsa dikenali sebagai Nur Fitriah Mat Yassin, murid Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh 1 di sini, dipercayai lemas selepas menyelamatkan anak saudaranya Mohd Isra Sufian, 9, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari.

Dua lagi anak saudara mangsa, Nur Shazrina Sofia, 7, dan Nur Shazrina Alia, 5, yang juga adik kepada Mohd Isra yang mandi bersama-sama berjaya menyelamatkan diri masing-masing.

Mohd Isra yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, ibu saudaranya itu mengajak mereka bertiga mandi di sungai berkenaan, namun dia tidak bernasib baik apabila hampir lemas ketika mandi di tempat yang dalam berikutan air yang deras. 

"Bagaimanapun, mak su (Nur Fitriah) datang menyelamatkan dengan menarik tangan saya untuk dibawa ke tempat yang cetek, bagaimanapun mak su tidak bernasib baik dan mula tenggelam timbul di dalam air. 

"Saya kemudian menjerit meminta tolong dan ada penduduk yang tinggal berdekatan datang menghulurkan bantuan, namun terlambat apabila kelibat mak su hilang daripada pandangan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini. 

Bapa mangsa, Mat Yassin Mat Yahya, 51, berkata ketika kejadian tersebut beliau sedang berada di rumah sebelum menunaikan solat Jumaat, segera bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu oleh seorang penduduk kampung.
Mat Yassin berkata, Nur Fitriah adalah anak bongsu daripada lapan beradik dan memang sukakan aktiviti lasak serta sering kali mandi di sungai berkenaan. 

Sementara itu, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi Negeri, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.15 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan 10 anggota bomba daripada Balai Bomba Kota Bharu dan dua anggota daripada Balai Pengkalan Kubor. 

"Kita turut menerima bantuan daripada 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat anggota sukarela Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Baharu serta lima anggota polis. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman," katanya. - BERNAMA 

Wanita hamil dari Malaysia seludup dadah dipenjara 14 bulan

MELBOURNE, JUMAAT, 29 Jun, 2012:: Seorang wanita hamil dari Malaysia yang menelan 34 until kecil heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne pada Jumaat, dihukum penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah mengimport heroin.

Akhbar The Age melaporkan, Hakim Mahkamah Daerah Gabriele Cannon menyelar Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, Selangor kerana sanggup membahayakan nyawa bayi yang dikandungnya dengan berkata tindakannya menjadi penyeludup dadah "tidak menguntungkan diri kamu".

Kata hakim itu walaupun Norazlinda, yang dijadual melahirkan bayi perempuan dan sudah diberi nama 'Grace' pada 15 Julai, berhasrat untuk tinggal bersama bayinya di dalam penjara, tetapi perkara itu akan diputuskan pihak berkuasa berkenaan.

Norazlinda, yang dipercayai menghadapi masalah kewangan, mengandung 12 minggu ketika menelan untilan dadah berkenaan dan menaiki pesawat Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 12 Februari.

Selepas ditahan pegawai kastam, dia mengeluarkan untilan yang mengandungi 83.1 gram heroin tulen dan dianggarkan bernilai A$92,200 di pasaran gelap.

Hakim Cannon berkata Norazlinda mendakwa dia tidak menyedari untilan berkenaan mengandungi heroin. 

Dalam keterangan kepada polis, Norazlinda berkata dia didatangi seorang lelaki semasa bekerja di pusat beli-belah di Subang Jaya dua minggu sebelum menaiki pesawat dan diberitahu akan dibayar RM9,000 sekiranya dia menelan 80 until kecil dan pergi ke Australia. 

Bagaimanapun, kata wanita ini, dia hanya dapat menelan 34 until.
Hakim Cannon berkata Norazlinda menerima tawaran lelaki berkenaan kerana ingin menyara keluarganya.

Norazlinda mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarganya ketika berusia 16 tahun dan mempunyai lima anak. 

Anak lelakinya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun kerana masalah paru-paru tiga tahun lalu, manakala ibunya meninggal dunia akibat kanser pada 2009. - BERNAMA

Denda dan penjara jika gagal pamer sijil halal mulai Ahad ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012:: Pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini. 

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, mulai tarikh itu, pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya. 

"Memandangkan tempoh amaran akan berakhir esok, maka mulai Ahad ini Jakim tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis makanan yang tidak menggunakan logo halal Jakim atau MAIN," katanya. 

Othman mengingatkan pengusaha premis makanan bahawa penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti 'ditanggung halal', 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu. 

Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Jakim sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan logo dan ungkapan halal. 

"Jakim juga mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis makanan supaya lebih bersedia dan peka dengan perintah berkenaan dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Suami isteri didakwa rompak, cabul ejen hartanah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merompak dan mencabul seorang ejen hartanah, bulan lalu. 

Wong Wai Kit, 33, dan How Sow Kim, 33, didakwa merompak wanita berusia 34 tahun itu di kediaman mangsa di Mont Kiara Palma, Brickfields pada 5 petang, 10 Mei lalu.

Dalam insiden itu, mangsa cedera dan kerugian RM70,000.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. 

Wong turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul mangsa di tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda atau sebatan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli menawarkan jaminan RM25,000 terhadap Wong bagi kedua-dua pertuduhan manakala How sebanyak RM20,000 masing-masing dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun, pasangan itu yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana mereka tidak bekerja dan perlu menyara dua anak berusia tujuh dan empat tahun serta ibu. 

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan Wong diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan manakala How sebanyak RM2,000 dan menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula kes. 

"Jaminan untuk How adalah munasabah memandangkan beliau mempunyai dua anak masih kecil yang memerlukan beliau manakala Wong sebagai suami, dikenakan jaminan tinggi. 

"Oleh itu, peluang Wong untuk tidak hadir ke mahkamah adalah lebih tipis," katanya. - BERNAMA

25 warga asing termasuk bayi ditahan

MELAKA, JUMAAT, 29 Jun, 2012:: Sejumlah 25 warga asing, termasuk bayi dan kanak-kanak, ditahan kerana melanggar pelbagai peraturan imigresen dalam 'Ops Bersepadu 6P' di negeri Melaka semalam. 

Pengarah Imigresen Melaka, Kamalludin Ismail, berkata mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan lima bulan hingga 41 tahun, terdiri daripada sembilan wanita China, seorang wanita Vietnam, lima wanita dan enam lelaki Indonesia selain seorang bayi, seorang kanak-kanak perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki.

Beliau berkata, seorang pemastautin tetap turut ditahan kerana melindungi dua warga asing di dalam rumahnya.

Katanya, operasi yang dijalankan dari 10 malam hingga 4 pagi diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Yusof Hashim, membabitkan 30 anggota dari Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Pendaftaran Negara. 

"Operasi dijalankan di empat tempat sekitar negeri Melaka iaitu di sebuah pusat karaoke di Melaka Raya, Tanjung Minyak, Tanjung Keling dan Bukit Baru," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Kamalluddin berkata, 44 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan daripada jumlah itu, 25 ditahan untuk siasatan lanjut kerana pelbagai kesalahan, termasuk melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan, tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta pas atau permit tamat tempoh. - BERNAMA

PTPTN lupus pinjaman 16,959 graduan cemerlang

TEMERLOH, JUMAAT 29 Jun, 2012; Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Katanya seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana kelas pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.

"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) kepada 124 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam tahun ini di sini, hari ini.

Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata kerajaan membelanjakan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun bagi pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggai awam dan swasta dan sehingga 31 Mei lalu, PTPTN telah memberi pinjaman kepada 1.98 juta pelajar membabitkan peruntukan RM44.18 bilion.

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memberhentikan pemberian pinjaman itu bagi melahirkan lebih ramai rakyat berilmu untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. - BERNAMA

Khidmat Abu Bakar berakhir 1 Julai - JPA

PUTRAJAYA, KHAMIS, 29 Jun, 2012: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 60, tamat perkhidmatan Ahad ini setelah dua tahun memegang jawatan tersebut.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beliau dilantik ke jawatan itu pada 1 Julai 2010 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan awam, Abu Bakar pernah ditugaskan di beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perdana Menteri.

Beliau memulakan kerjaya dalam sektor awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Abu Bakar merupakan salah seorang yang terlibat dalam pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan bawahan.

SBPA yang sempat dilaksanakan beberapa bulan sebelum dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN

Padang PKNS: Nama MB Selangor dikait

RUWAIDA MD ZAIN
SHAH ALAM, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari kedua, semalam hangat apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) saling menuding jari dan mempertahankan ‘pasukan’ masing-masing.

Malah lebih mengejutkan, pegawai MBPJ mengaitkan individu yang bertanggungjawab mengarahkan pertukaran status zon tanah PKNS daripada kawasan lapang dan rekreasi kepada komersial dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) sebelum ianya disangkal pegawai JPBD.

Menurut Sinar Harian, jawatankuasa Selcat terutama Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim pula dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan saksi ketiga, iaitu bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noraini Roslan.

Ini kerana jawatankuasa Selcat masih tidak memperoleh jawapan siapakah yang mengarahkan pertukaran zon tanah tersebut beliau terpaksa mengulangi soalan sama kepada Noraini.

Noraini yang kini Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor berkata, beberapa pindaan RTPJ2 itu dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang sebaliknya ia dilakukan hanya berdasarkan amalan biasa.

“MBPJ akan membuat sebarang pindaan di dalam RTPJ 2 itu meskipun selepas ia diberi kelulusan MMKN dan diwartakan.

Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan ia langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon pada sesuatu kawasan itu,” katanya.

Saksi lain yang dipanggil Selcat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan, Datuk Dr. Goh Ban Lee.

Selcat bagaimanapun ditangguh 5 Julai ini untuk mendapatkan maklumat lengkap mesyuarat berkaitan pindaan RTPJ2 tersebut.

MBPJ mengaku tidak patuh peraturan

Chang Khim: Bagaimana MBPJ dan JBPD boleh melakukan pindaan kalau tiada peruntukan. Di mana kuasa untuk meminda apabila ia telah digazet?

Noraini: Setuju Tuan Pengerusi, pemindaan ini ada dua perkara. Satu adalah kepada guna tanah sedia ada, pelan guna tanah itu sepatutnya betul pada tarikh pewartaan dan cetakan. Sekiranya pada tarikh pewartaan itu juga tidak betul. Amalan biasa, menjadi tanggungjawab pegawai membetulkannya sehinggalah ianya diwarta.

Chang Khim: Selepas diwartakan, di mana peruntukan yang membenarkan pindaan? Seksyen mana yang membenarkan pembetulan dibuat selepas diwartakan?

Noraini: Pembetulan boleh dibuat dengan kebenaran Kerajaan Negeri.

Chang Khim: Di mana seksyen itu?

Noraini: Di dalam Seksyen 16 “Pihak berkuasa kerajaan tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk mengubah atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan. Seksyen ini membenarkan perubahan itu dibuat setelah diwartakan. Tetapi, perubahan hendaklah melalui prosedur yang berbalik kepada seksyen awal tadi.

Chang Khim: Dalam erti kata senang, rancangan tempatan yang diwartakan tidak boleh dipinda melainkan melalui proses asal, seolah-olah tidak ada rancangan tempatan. Jadi, adakah proses ini dipatuhi?

Noraini: Seperti saya katakan tadi, guna tanah semasa pembetulannya memang perlu dibuat kerana guna tanah semasa...(belum sempat dihabiskan ayat, Chang Khim mencelah)

Chang Khim: Ya, soalan saya. Rancangan tempatan tidak boleh dipinda melainkan balik kepada proses asal. Jadi, adakah proses ini dipatuhi.

Noraini: Errr...tidak.

Chang Khim: Tidak dipatuhi dan dalam keadaan tidak dipatuhi, versi ketiga dikeluarkan dan dipamerkan untuk orang ramai dan digunakan.

Noraini: Itulah yang berlaku.

Siapa arah ubah status tanah?

Chang Khim: Adakah Puan Noraini mempunyai pengetahuan ada cadangan untuk perubahan ‘zoning’ tanah padang PKNS?

Noraini: Saya cuma boleh mengingat sewaktu memberikan nasihat kepada pemaju sahaja. Tidak adil bagi saya untuk saya katakan tahu atau tidak tetapi arahan untuk mengubah mana-mana 'zoning' itu tidak saya beri secara bertulis.

Chang Kim: Jadi, kalau arahan tidak datangdari pengarah perancang MBPJ pada masa itu, arahan daripada siapa?

Noraini:
Perubahan seperti saya katakan, pembetulan terhenti ke atas guna tanah sedia ada di mana perubahan itu dikatakan perubahan 'zoning'..saya perlukan bantuan dari pegawai MBPJ,saya ingat Puan Faiwos boleh bantu saya.

Chong Wei punya cukup untuk kembali kompetitif

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Tempoh dua minggu sebelum Datuk Lee Chong Wei beraksi di Olimpik London adalah masa paling kritikal yang bakal menentukan prestasi semasa atlet itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz. 

Beliau berkata, dalam tempoh itu, pemain perseorangan badminton negara itu perlu memastikan dirinya bebas sepenuhnya daripada kecederaan selain tidak dibelenggu sebarang masalah peribadi untuk fokus kepada temasya tersebut.

"Tempoh Chong Wei mengalami kecederaan pada kejohanan Piala Thomas pada Mei sehingga beraksi di Olimpik pada Julai, lebih kurang 64 hari. Proses pemulihan kecederaannya adalah enam minggu atau 42 hari.

"Secara matematik sains sukan, dari hari pertama beliau mengalami kecederaan, ditolak tempoh pemulihannya sebelum beraksi di London, Chong Wei mempunyai 22 hari untuk kembali ke tahap permainan sebenarnya. 

"Masa sebenar yang diperlukan hanya 14 hari. Jadi, tempoh 22 hari sudah cukup bagi pemain itu untuk kembali kompetitif," katanya di sini, hari ini. 

Dr Ramlan berkata, walaupun Chong Wei yang kini berada di ranking kedua dunia masih belum diuji fizikalnya melalui kejohanan kompetitif namun pemain itu komited mengikuti semua latihan yang disediakan ISN. 

"Sebagai contoh, dalam tempoh minggu kedua dan ketiga proses pemulihan kecederaannya, beliau agak fobia untuk berjoging. Jadi, ISN sediakan latihan alternatif seperti berbasikal dan berlari dalam air bagi mengekalkan tahap ketahanan fizikalnya," katanya. 

Chong Wei yang meraih pingat perak perseorangan lelaki ketika temasya Olimpik Beijing, China, pada 2008, akan menyertai latihan fasa terakhir skuad badminton negara di Bath University, United Kingdom (UK) pada 12 Julai. 

Skuad itu akan berkampung selama 13 hari di Bath University yang terletak di Somerset, 156 kilometer dari London sebelum dijangka berlepas ke ibu kota UK pada 25 Julai. 

Temasya Olimpik London akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos. - BERNAMA

93 sekolah di Sarawak terjejas akibat kemarau

KUCHING, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Sebanyak 93 sekolah termasuk lima sekolah menengah di kawasan pedalaman dan pesisir pantai Sarawak terjejas akibat musim kemarau yang melanda seluruh negeri itu sekarang. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani, bagaimanapun berkata keadaan tersebut tidak menjejaskan sesi persekolahan harian atau sekolah terbabit perlu ditutup sementara waktu.

"Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri (JPBBN) sedang memantau keadaan di beberapa sekolah yang terjejas dan setakat ini tiada sekolah yang ditutup atau pun pelajar diarah pulang pada hujung minggu dan keputusan itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Lima Bintang dan Ngiling Tikai (penutup perayaan Gawai) Jabatan Ketua Menteri di sini hari ini. 

Mohamad Morshidi yang juga Timbalan Pengerusi JPBBN berkata, setakat ini 24,743 penduduk membabitkan 3,669 keluarga turut terjejas akibat kemarau sejak beberapa minggu lalu. 

Katanya, sejak 25 Jun lalu, Jabatan Kerja Raya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Residen Bahagian sudah menghantar 626,541 liter air bersih ke kawasan terjejas akibat kemarau menggunakan lori selain membekalkan air botol minuman. - BERNAMA

Keputusan kes rasuah penolong penguasa SPRM ditangguh

KAJANG, JUMAAT, 29 Jun, 2012: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menangguhkan keputusan kes penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, yang didakwa terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung siasatan kes rasuah seorang suspek. 

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh (menetapkan 6 Julai depan untuk memberi keputusan kes itu terhadap M.Mohan. 

Pada prosiding hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar hujahan balas pihak pendakwaan dan pembelaan dan juga untuk keputusan tetapi kedua-dua pihak tidak mempunyai hujahan balas. Bagi pertuduhan pertama, Mohan, 39, didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. 

Bagi pertuduhan kedua, Mohan didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. 

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Negeri Selangor, di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober 2009. 

Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009. 

Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Nik Azrin Zairin Nik Abdullah manakala Mohan diwakili peguam R. Ratha Krishnan. - BERNAMA