My Add

Tuesday 15 January 2013

19 terbunuh kemalangan kereta api di Mesir



KAHERAH, SELASA, 15 Januari, 2013: Agensi berita Mesir, MENA berkata 19 terbunuh manakala lebih 100 yang lain cedera apabila dua gerabak kereta api tergelincir di selatan Kaherah.

Pegawai MENA ketika memetik Kementerian Kesihatan berkata, 107 mangsa dilaporkan cedera kini dirawat di hospital berdekatan lokasi kejadian di Giza, Badrashin.

Ketika kejadian, kereta api itu sedang membawa rekrut tentera sebelum ia tergelincir awal pagi Isnin (waktu tempatan). - AP

No comments:

Post a Comment