My Add

Thursday 24 January 2013

4 jawatankuasa tetap negeri Kedah didakwa gagal adakan mesyuarat

KUALA NERANG, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Empat Jawatankuasa Tetap (JK) Negeri didakwa tidak pernah sekalipun mengadakan mesyuarat dua tahun berturut-turut iaitu pada 2011 dan tahun lepas, menyerlahkan kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kedah.

Bendahari UMNO Kedah dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang membuat dakwaan itu menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjawab serta memberi penjelasan kepada rakyat.

Beliau berkata, maklumat dalaman yang diperoleh ialah JK Tetap Bioteknoloji, Sumber Manusia, Pelajaran, Alam Sekitar dan Pengangkutan tidak pernah bermesyuarat pada 2011 dan 2012.

Ghazali yang ditemui selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Padang Terap di sini hari ini berkata, JK Tetap Kerjaya dan Majlis Ketua Kampung yang ditubuhkan PAS pula tidak pernah mengadakan mesyuarat walaupun sekali pada tahun lepas.

Exco kanan Datuk Ir Amiruddin Hamzah ialah pengerusi JK Tetap Bioteknoloji, Pertanian dan Industri manakala seorang lagi Exco kanan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pula pengerusi JK Tetap Kerja Raya, Bekalan Air dan Tenaga. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment