My Add

Wednesday 2 January 2013

5 maut binaan tempat letak kereta runtuh di Shanghai

BEIJING, RABU, 02 Januari, 2012:: Lima pekerja binaan maut, manakala 18 cedera apabila tapak pembinaan tempat letak kereta baru yang sedang dibina runtuh di Shanghai, malam kelmarin.

Pejabat Keselamatan Kerja Shanghai dalam laman sosialnya berkata, struktur konkrit di tempat letak kereta di daerah timur Pudong itu runtuh kira-kira jam 9 malam pada malam ambang tahun baru.

Agensi berita tempatan melaporkan, punca kejadian masih dalam siasatan.

Tahap keselamatan di tapak pembinaan menyumbang masalah di China apabila peraturan yang digunakan sering diabaikan pemaju. - AP

No comments:

Post a Comment