My Add

Sunday 27 January 2013

80,000 bekas tentera tidak berpencen terima SVTB1M setakat ini

MELAKA, AHAD, 27 Januari, 2013: Kira-kira 34.2 peratus bekas tentera tidak berpencen di seluruh negara menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) setakat ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Veteran Tentera Tidak Berpencen, Mejar Jeneral Datuk Rohisha Yahya, berkata angka itu meliputi 80,000 daripada 234,000 bekas tentera yang layak menerima sumbangan berkenaan.

"Baki penerima yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM234 juta itu akan diagih secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rohisha berkata, di Melaka, sebanyak 3,000 bekas anggota tentera tidak berpencen layak menerima sumbangan itu.

Pada pembentangan Belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersetuju memberi sumbangan 'one-off' RM1,000 seorang kepada bekas tentera tidak berpencen.

Pembayaran dilakukan sejak awal bulan ini selepas permohonannya dibuka pada November lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment