My Add

Sunday 6 January 2013

Banjir di Kelantan semakin pulih

KOTA BHARU, AHAD, 06 Januari, 2013: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 16 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh pagi ini, berbanding 22 orang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh berkata, 16 orang daripada empat keluarga itu dari Kampung Gong Keding, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

"Mereka dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini berikutan banjir di kawasan kampung mereka kini semakin surut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment