My Add

Monday 28 January 2013

Bas terbabas ke dalam gaung, 10 penumpang maut

LISBON, ISNIN, 28 Januari, 2013: Seramai 10 orang terbunuh dan 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terbabas ekoran jalan licin sebelum terhumban ke dalam gaung di tengah Portugal, semalam.

Kejadian itu berlaku di Carvalhal, tengah daerah Castelo Branco kira-kira pukul 8.45 pagi (4.45 petang waktu Malaysia semalam).

Pasukan penyelamat berkata, lebih 250 anggota bomba, 88 buah kenderaan penyelamat dan sebuah helikopter dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital-hospital berdekatan di Castelo Branco dan Coimbra. - AFP

No comments:

Post a Comment