My Add

Monday 7 January 2013

Bashar mahu adakan dialog akhiri konflik di Syria

DAMSYIK, ISNIN, 07 Januari, 2013: Presiden Syria, Bashar al-Assad melahirkan hasrat untuk mengadakan satu dialog kebangsaan sebagai usaha mengakhiri pergolakan di negara ini.

Namun, pemimpin itu menegaskan beliau enggan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang pentadbirannya.

"Pihak antarabangsa dan serantau perlu berhenti menyokong pemberontak bagi mengelakkan konflik semakin buruk.

"Kerajaan Syria akan mengadakan dialog dengan pihak yang inginkan semua ini berakhir, namun bukan dengan mereka yang menjadi 'hamba Barat' (pemberontak)," katanya dalam satu ucapan di sini, semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment