Borang pengundi luar negara di laman web SPR
KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Rakyat Malaysia di luar negara yang telah mendaftar sebagai pemilih dan ingin mengundi melalui pos boleh memuat turun borang permohonan menerusi lawan web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di http://www.spr.gov.my.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, Borang 1B atau Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) dan garis panduan mengisi borang telah dimuat naik SPR pada laman web tersebut.
Jelasnya, pemilih berdaftar di luar negara yang ingin memohon kemudahan mengundi melalui pos mesti pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
"Bagaimanapun, mereka yang tinggal di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia tidak layak diberikan kemudahan mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment