My Add

Thursday 3 January 2013

Calon UMNO NS berada di tangan Presiden

SEREMBAN, RABU, 02 Januari, 2013: Calon pilihan raya umum yang disenaraikan Badan Perhubungan UMNO negeri telah diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dinilai dan dipilih kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua calon itu yang diberi kepercayaan mewakili parti dalam pilihan raya umum akan datang sudah melepasi proses saringan Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

"Memang semua nama calon telah kita senarai pendekkan dan kesemuanya berjaya melepasi saringan ini.

"Nama mereka telah dihantar kepada pemimpin parti yang juga Perdana Menteri dan sekarang terpulanglah kepada beliau (Najib) membuat keputusan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memberitahu, apabila nama itu diumumkan kelak ahli parti khususnya di peringkat akar umbi perlu menerimanya secara positif.

"Kita perlu bekerja dalam satu pasukan dan tidak timbul soal tikam belakang mahupun sabotaj parti hanya kerana orang yang kita suka tidak disenaraikan," tegasnya.

Menyentuh kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mohamad berkata, jika Presiden Pas itu merasakan amanat tersebut salah beliau sepatutnya menarik semula dan memohon maaf.

"Perdana Menteri pun pernah mengucapkan maaf kepada rakyat. Mengapa pula dia (Abdul Hadi) perlu berdebat dalam televisyen dan kalau salah mengatakan kafir kerana menyokong UMNO, tarik baliklah kenyataan itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment