My Add

Wednesday 9 January 2013

Chavez mungkin tangguh angkat sumpah Presiden

*AKSI Presiden Venezuela, Hugo Chavez ketika menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Belarus, Vladimir Semashko di Caracas pada Jun 2012. - Foto AFP

CARACAS, RABU, 09 Januari, 2013: Presiden Venezuela, Hugo Chavez dilaporkan tidak dapat mengangkat sumpah sebagai Presiden minggu ini, sekali gus hampir mengesahkan bahawa beliau masih sakit dan dirawat di hospital Cuba.

Presiden Dewan Rakyat, Diosdado Cabello membuat pengumuman itu semasa sesi perbahasan undang-undang selepas mendapat surat mengenainya daripada Naib Presiden, Nicolas Maduro.

Pembangkang terus mendesak kerajaan dengan mempersoalkan mengenai perlembangan bahawa istadat mengangkat sumpah Presiden boleh ditangguhkan.


Chavez dilaporkan menjalani pembedahan kali keempat bagi penyakit barah yang dihidapinya bulan lalu dan tidak tampil di khalayak awam sejak sebulan lalu.

Ketua Pembangkang, Henrique Capriles, berkata mengikut perlembagaan negara itu, penggal Chavez sebagai Presiden berakhir 10 Januari dan mendakwa upacara mengangkat sumpah tidak boleh ditangguhkan.

Mereka mendakwa, Presiden Dewan Rakyat sepatutnya mengambil alih tugas berkenaan dan menjadi Presiden sementara. - AP

No comments:

Post a Comment