My Add

Monday 14 January 2013

China bina lapangan terbang baru bernilai RM34 bilion

BEIJING, ISNIN, 14 Januari, 2013: China meluluskan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Beijing bernilai AS$11.2 bilion (RM34.72 bilion) bagi mengurangkan kesesakan di lapangan terbang sedia ada.

Akhbar rasmi, China Daily yang memetik jurucakap Majlis Negara, Li Shengbo hari ini melaporkan keputusan tersebut dicapai semalam.

Akhbar itu menyatakan lapangan terbang baru itu mungkin dibina di selatan Beijing namun maklumat lain termasuk tarikh mula dibina dan reka bentuknya masih belum diputuskan. - AFP

No comments:

Post a Comment