My Add

Wednesday 16 January 2013

Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu kini dibuka

KUALA TERENGGANU, RABU, 16 Januari, 2013: Anak Terengganu yang ingin membina rumah kini boleh memohon Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan kadar pinjaman sehingga RM50,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pinjaman itu terbuka kepada anak negeri yang mempunyai tanah sendiri atau milik keluarga yang telah diberi kebenaran.

Peminjam akan dikenakan kadar faedah tiga peratus berasaskan baki pinjaman dengan tempoh bayaran balik 30 tahun, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco, di sini hari ini.

"Mereka yang ingin mendapatkan pinjaman untuk membina rumah, bolehlah mendapatkan pelan setara yang disedia dan dikeluarkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan bayaran sebanyak RM50," katanya.

Katanya borang itu diedar menerusi pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri.

Dana itu diluluskan kerajaan negeri tahun lalu dengan modal pusingan RM50 juta.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment