My Add

Sunday 13 January 2013

Dari buku 'Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular' karya paderi Indonesia

SABTU, 12 Janiari, 2013:
BERIKUT adalah petikan dari buku tulisan paderi Indonesia, Jahja Iskandar yang mengakui kalimah Allah hanya untuk orang Islam di dalam bukunya 'Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular':

"Apabila kita lihat dalam realiti sehari-hari, tidak dapat dinafikan bahawa kata 'Allah' secara umum lebih banyak difahami dan berkonotasi sebagai nama diri Tuhan atau Sembahan yang khas untuk umat Islam.

Dari ungkapan yang kita dengar sehari-hari dalam takbir azan: 'asyhadu an-laa ilaha illallah' yang ertinya, kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, jelas ditunjukkan bahawa kalimah Allah berkonotasi kata nama dan tidak mungkin berkonotasi sebutan umum.

Begitu juga dalam setiap terjemahan al-Quran, baik ke dalam bahasa Inggeris atau ke dalam bahasa Indonesia, kata Allah tidak pernah diterjemahkan menjadi God atau Tuhan melainkan tetap ditulis sebagai Allah". - UTUSAN

No comments:

Post a Comment