My Add

Thursday 3 January 2013

Doktor swasta dipelawa sertai program pemeriksaan kesihatan pekerja

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Kerajaan hari ini mempelawa semua pengamal perubatan swasta menjadi doktor panel dalam Program Pemeriksaan Kesihatan (PPK) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membantu menambah baik kualiti kesihatan pekerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata PPK, yang akan dilancar bulan depan, memberi peluang kepada semua pekerja Malaysia berusia 40 tahun ke atas untuk menjalani pemeriksaan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, strok dan kanser.

"PPK diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti pekerja yang berisiko tinggi dihidapi penyakit tidak berjangkit bagi tujuan pengurusan kesihatan dan untuk mencegah komplikasi kesihatan serta kehilangan upaya.

"Doktor memainkan peranan penting dalam PPK kerana mereka berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan usaha mulia ini dan merupakan penyedia penjagaan utama bagi pesakit yang menghadapi risiko dihinggapi penyakit kronik," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment