My Add

Wednesday 16 January 2013

DPMM cadangkan 30 peratus projek Nusajaya diberi kepada orang Melayu

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Kerajaan digesa mengkaji semula projek Iskandar Malaysia dengan menyediakan memperuntukkan kira-kira 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas, berkata langkah itu adalah berikutan semakin merosotnya hak milik tanah kepunyaan kerajaan, yang diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu dan rakyat Johor khasnya.

"Rumusan kongres Majlis Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu mendapati bahawa kedudukan orang Melayu terutama di negeri Johor jauh ketinggalan dan jurang perbezaan ekonomi orang Melayu semakin besar," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu meja sidang bulat diadakan antara agensi-agensi dan jabatan serta perwakilan DPMM dan beberapa tokoh dari Johor untuk bagi membincangkan isu berkenaan.

Secara keseluruhannya, projek Iskandar Malaysia mempunyai keluasan kira-kira 200,000 hektar atau kira-kira empat kali ganda saiz Singapura. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment