My Add

Friday 11 January 2013

Dua OKT lolos dikesan di Ara Kuda

 *ANGGOTA polis dan Rela memeriksa sebuah lori semasa membuat sekatan jalan raya di Kampung Tun Sardon di sini, hari ini.
 Semalam polis berjaya menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah berjaya meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Kompleks Mahkamah Butterworth Isnin lepas manakala lima penjenayah masih dicari.

 - BERNAMA

TASEK GELUGOR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Dua daripada lima orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri daripada tahanan polis pada Isnin lalu kini dipercayai bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Ara Kuda di sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua OKT terbabit dikesan muncul di kawasan kampung berhampiran kira-kira pukul 6.40 pagi ini dan kesemua mereka dipercayai telah berpecah kepada dua kumpulan.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah mengubah penampilan dengan menukar pakaian masing-masing bagi mengelak dikenal pasti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment