My Add

Monday 21 January 2013

Ganjaran RM20,000

Oleh AZRAI MOHAMMAD

*WILLIAM Yau Zhen Zhong kanak-kanak yang hilang selepas keluar dari Kedai Elektronik Onking, Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor sejak Rabu lalu.

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Ganjaran berjumlah RM20,000 akan diberi kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mencari sehingga menemui seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya di sini sejak Rabu lalu.

Tawaran tersebut dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Biro Pengaduan Awam MCA yang masing-masing menawarkan wang berjumlah RM5,000 dan selebihnya daripada Kelab Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha menjejaki kanak-kanak tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment