My Add

Monday 21 January 2013

Gesaan Karpal wajar buka mata Pas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Para pemimpin, ahli dan penyokong Pas perlu sedar tentang sikap sebenar DAP ekoran gesaan Pengerusinya, Karpal Singh supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama parti itu berhubung dengan kalimah suci Allah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berpendapat, Abdul Hadi tiada pilihan lain kecuali terus mempertahankan pendirian majlis syura walaupun terdapat desakan supaya pendirian itu diubah.

Menurut beliau lagi, dalam keadaan Abdul Hadi yang tidak banyak pilihan sama ada terus mempertahankan keputusan ulama atau akur dengan kehendak Karpal, Presiden Pas itu wajar menunjukkan ketegasannya.

"Seperti mana ketegasan serta istiqamahnya para ulama di dalam parti itu yang selama ini tidak pernah berganjak dengan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna oleh mereka yang bukan beragama Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment