My Add

Monday 28 January 2013

Hari jadi Nik Aziz dirai di rumah Karpal Singh

*PERTEMUAN Nik Aziz dan Karpal Singh di Pulau Pinang seperti disiarkan Malaysiakini, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Januari, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan membuat 'kejutan' apabila menyambut hari jadinya yang ke-82 di rumah Karpal Singh di Jalan Scotland, Pulau Pinang.

Menurut laporan portal berita propembangkang, Malaysiakini, Nik Aziz tiba di kediaman Pengerusi DAP itu kira-kira pukul 3 petang dan Menteri Besar Kelantan tersebut meluangkan masa selama 20 minit beramah mesra dengan Karpal.

Malaysiakini juga melaporkan Mursyidul Am Pas itu memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya ke-82 sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Karpal dimaklumkan gembira dengan kehadiran Nik Aziz yang tiba 30 minit lebih awal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment