My Add

Friday 11 January 2013

Haron Din mahu ahli Pas ikut pendirian ulamaDi

KUALA LUMPUR, KGAMIS, 10 Januari, 2013:Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mahu semua penyokong dan ahli Pas berpendirian seperti golongan ulama di dalam parti tersebut iaitu kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh agama Islam.

''Kalau hukum syarak, ikut ulama,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai pihak yang perlu disokong oleh penyokong-penyokong serta ahli-ahli Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah, hari ini.

Pas bersama-sama dua parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebelum ini bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat kalimah itu tidak disalahgunakan.

Keputusan bersama itu dibuat selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang, kelmarin.

Bagaimanapun golongan ulama dalam parti itu seperti Haron, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap menyatakan pendirian mereka bahawa kalimah Allah hanya untuk agama Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment