My Add

Friday 11 January 2013

Himpunan Shamsidar: Penjawat awam dinasihat berkecuali

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Para penjawat awam dinasihatkan supaya bersikap berkecuali berhubung Himpunan Shamsidar yang dirancang diadakan pakatan pembangkang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur esok.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata, saranan tersebut perlu memandangkan himpunan itu adalah anjuran parti-parti politik.

“Saya nasihatkan para penjawat awam supaya tidak terlibat dan perlu bersikap berkecuali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Mari Membaca 1Malaysia: Bacalah Manjaku di Hospital Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment