My Add

Wednesday 23 January 2013

Ibu panik kereta lesap bersama anak di dalamnya

*CHRISTINA Madan memeluk anaknya, Cheyanne Michcal yang masih trauma selepas dilarikan oleh perompak di Stesen Minyak Jalan Matang, Kuching, semalam.

KUCHING, SELASA, 22 Januari, 2013: Hanya tiga hari selepas sebuah kenderaan dilarikan penjenayah bersama mangsa di bandar raya ini, satu lagi kejadian serupa berlaku dan kali ini membabitkan anak seorang guru dilarikan bersama kenderaannya ketika ditinggalkan di sebuah stesen minyak, pagi ini.

Kes itu juga merupakan kejadian ketiga seumpamanya dalam tempoh sebulan di bandar raya ini.

Dalam kejadian terbaru itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish tersebut ditinggalkan Christinah Madan, 42, di Stesen Minyak Jalan Matang di sini dengan anaknya, Cheyanne Michcal, 8, berada di dalam MPV berkenaan kira-kira pukul 6.15 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment