My Add

Friday 11 January 2013

Jangan heret pelajar dan kanak-kanak sertai perhimpunan

KANGAR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Kerajaan memberi peringatan kepada pembangkang supaya tidak mengheret pelajar sekolah dan kanak-kanak menyertai himpunan KL112 esok bagi memastikan keselamatan golongan itu terjamin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pembangkang tidak boleh mengeksploitasikan pelajar sekolah dan kanak-kanak dengan mengheret sama golongan itu menyertai perhimpunan berkenaan semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik mereka semat-mata.

Beliau berkata, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian kerana ia disifatkan satu tindakan tidak wajar yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada golongan itu sekiranya berlaku perkara luar jangkaaan.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membenarkan penyertaan pelajar sekolah dalam perhimpunan seperti ini bagi menjamin keselamatan mereka.

"Justeru, kita mengingatkan pelajar sekolah supaya tidak terbabit dengan perkara seumpama itu, tambahan sekolah baru bermula seminggu dan adalah lebih baik mereka bagi tumpuan terhadap pelajaran," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment