My Add

Monday 14 January 2013

Julia Perez mohon maaf kritik filem, drama Malaysia

Oleh TENGKU KHALIDA TENGKU BIDIN

 JULIA PEREZ
KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Pelakon seksi Indonesia, Julia Perez akhirnya mengaku silap kerana mengkritik karya filem dan drama Malaysia sebagai tidak berkualiti.

Melalui satu surat permohonan maaf yang dihantar kepada Persatuan Seniman Malaysia, pelakon itu mengakui kesal atas apa yang terjadi.

Presiden Seniman, Zed Zaidi turut mengakui bintang sensasi itu juga telah menghantar permohonan menjadi ahli Seniman.

Ini bagi membolehkannya menjalani bekerja di sini, seperti yang termaktub dalam syarat Padu Citra bagi karyawan seni negara luar.

“Kita menerima permohonan Julia Peez sebagai ahli bersekutu Seniman," kata Zed. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment