My Add

Wednesday 9 January 2013

Kakak rayu adiknya serah diri kepada polis

Tasek Gelugor, RABU, 09 Januari, 2013: Seorang kakak hari ini merayu adiknya, seorang daripada tujuh tahanan Penjara Pulau Pinang yang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas, supaya menyerah diri kepada polis.

Norazah Abdul Rahman, 40, berkata, Hisham ditahan sejak hujung tahun lepas kerana kesalahan rompak dan difahamkan pada hari kejadian dia dibawa ke mahkamah untuk keputusan hukuman kesnya.

"Kami semua enam adik beradik merayu dia serah diri kepada polis secepat mungkin, bukan ini caranya (melarikan diri), lagipun sampai bila dia nak melarikan diri macam ini. Saya yakin dia terikut dengan kawan-kawan (tahanan lain),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pokok Tampang, di sini hari ini.

Norazah berkata, Hisham yang menduda dan mempunyai dua orang anak tinggal bersebelahan rumahnya seorang diri sejak ibu bapa mereka meninggal dunia dua tahun lepas.

"Dua minggu lepas, suami kakak ada pergi menemui dia di penjara Pulau Pinang dan keadaan dia sangat gembira, Hisham juga berjanji akan bertaubat serta mengubah sikapnya menjadi seorang yang baik." — BERNAMA

No comments:

Post a Comment