My Add

Sunday 20 January 2013

KDN pantau isu kalimah ALLAH

 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Januari, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau semua perkembangan serta desakan pelbagai dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata KDN akan menilai sama ada isu itu berkemungkinan menjejaskan kestabilan ketenteraman awam di negara ini.

"Kalau sesuatu isu sama ada berkisar kepada politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Itu baru tugas dan tanggungjawab KDN," katanya kepada pemberita selepas Program Rondaan Bermotosikal kawasan Ampang di sini hari ini.

Dua hari lalu Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) mendesak agar pencetakan Bible versi bahasa Melayu dihentikan.

Pembela turut meminta semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment