My Add

Sunday 20 January 2013

Kepala budak 5 tahun terburai dihempap tayar treler

Oleh ZULHISHAM ISAHAK


*BEGINILAH keadaan sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Mohd Afiq Amrin di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar dekat Pagoh, Muar hari ini. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD

PAGOH, AHAD, 20 Januari, 2013: Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya terburai akibat dihempap tayar selepas treler yang dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar ketika treler yang dipandu Mohd. Yazid Banain, 44, hilang kawalan semasa membelok di selekoh.

Difahamkan, treler tersebut kemudiannya terbalik sebelum menghempap mangsa dan terperosok ke dalam sebuah parit yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian.

Bagaimanapun, ibu mangsa, Suriyati Abd Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, yang turut terlibat dalam kemalangan itu terselamat tetapi mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Razali Ismail berkata, semasa tiba di tempat kejadian bersama satu jentera dan tujuh anggota, tiga mangsa masih berada dalam treler kecuali Mohd. Afiq Amrin.

"Mohd Yazid mengalami kecederaan patah kaki, tetapi isteri dan anak perempuannya yang pada awalnya tidak sedarkan diri, mulai sedar sebaik sahaja berjaya dikeluarkan daripada treler itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment