My Add

Wednesday 16 January 2013

Kerajaan P.Pinang pecat anggota PPS pukul wartawan

GEORGETOWN, RABU, 16 Januari, 2o13: Kerajaan negeri hari ini membuat keputusan memecat seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Lim Ah Chye setelah didapati bersalah memukul seorang wartawan akhbar berbahasa Cina pada 30 Dis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata keputusan itu dibuat setelah menerima desakan Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Media Cina (Pewaju) Pulau Pinang yang mahukan Lim dipecat.

"Itulah keputusan Exco selepas perbincangan, pertimbangan dan satu keputusan telah dibuat (pecat keanggotaan)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

PPS ialah sebuah pasukan peronda sukarela yang ditubuhkan kerajaan negeri pakatan pembangkang dan dilancarkan pada 17 Sept 2011, bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang aspek keselamatan selain membantu polis melakukan rondaan.

Dalam kejadian 30 Dis lepas, wartawan akhbar Guan Ming Daily, Ang Kean Siang, 32, cedera selepas dipukul anggota PPS ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment