My Add

Friday 11 January 2013

Kerjasama AS-Afghanistan kini pada fasa terakhir: Panetta

WASHINGTON, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta menegaskan negara di bawah kepimpinan Presiden Hamid Karzai berada pada fasa terakhir untuk meneruskan pentadbiran negara berdaulat dan seterusnya menjadi tanggungjawab rakyat Afghanistan bagi menentukan aspek keselamatan mereka sendiri.

Panetta berkata demikian kepada Hamid Karzai yang mengadakan lawatan tiga hari ke Washington bagi meredakan hubungan antara kedua-dua negara yang berdepan dengan pelbagai insiden sejak kebelakangan ini.

Selepas secara rasmi menyambut Hamid Karzai pada satu majlis di Pentagon, Panetta berkata, 2013 adalah tahun penting dan menjadi titik permulaan selepas mengharungi peperangan sebelum ini.


" Kita sudah menempuh pelbagai cabaran dan berkongsi impian yang sama dalam membentuk sebuhan negara berdaulat yang boleh dibanggakan. Ia juga negara yang bukan lagi kubu kepada lokasi tumpuan pengganas.

"Jalinan kerjasama ini membabitkan hampir 11 tahun di mana kedua-dua negara berkongsi pengorbanan, dan sasaran utama kami adalah kepada misi terakhir," katanya di sini, hari ini. - Reuters

No comments:

Post a Comment